.:Acehline Community:.
Silahkan mendaftar untuk Access penuh

.:Acehline Community:.

Computer - Internet - Hacking - Security
 
IndeksPortailPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Turki bantu Aceh lawan Portugal

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
zulfah
The Wizard
The Wizard


Jumlah posting : 759
Reputation : 2
Registration date : 01.06.07

PostSubyek: Turki bantu Aceh lawan Portugal   Thu Jul 24, 2008 1:16 pm

ISTANBUL, Turki pernah dikenali sebagai ‘Islambul’ yang bermaksud
Kota Islam yang dibelah dua oleh Selat Bosphorus, memisahkan benua Asia
dari Eropah.

Menara masjid yang kelihatan di mana saja di kota itu menggambarkan
pengaruh Islam yang kuat sepanjang 471 tahun era Uthmaniyah di Istanbul.

Sejak 1453 hingga 1924 iaitu dari detik Muhammad Al-Fateh membuka kota
Constantinople hingga ke saat Mustafa Kamal Atarturk mengisytiharkan
berakhirnya institusi Khalifah Uthmaniyah di Turki, 1001 peristiwa
tercatat di lembaran sejarah Islam.

Keagungan Sultan Sulaiman Al-Qanuni, pembina empayar Uthmaniyah yang
mewariskan kemegahan Islam melalui perluasan jajahan takluk dan
penyebaran agama Islam, masih disebut hingga hari ini.

Mungkin kejayaan itulah yang menjadi inspirasi kepada Sultan Aceh,
Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Qahhar, hingga merangsang beliau
menghantar wakil diplomatik ke Istanbul.

Rombongan Aceh tiba di Istanbul dengan kapal bermuatan lada, komoditi
paling berharga zaman itu ditugaskan Sultan Alauddin mempersembahkan
lada yang dibawa kepada Sultan Sulaiman.

Lada yang dibawa itu juga menjadi sumber perbelanjaan selama rombongan
itu di Istanbul menanti dibenarkan menghadap Sultan Sulaiman yang
sedang memimpin tenteranya di Hungary.

Akhirnya, Sultan Sulaiman mangkat pada 1566 dan jasadnya dibawa pulang untuk dimakamkan di Masjid Sulaimaniye, Edirne.

Cubaan rombongan Aceh untuk menghadap khalifah yang baru juga tidak
pernah berjaya, sedangkan mereka sudah terlalu lama di Turki dan
bekalan lada yang dibawa semakin hari semakin susut dijual di pasar.

Suatu hari khalifah melawat pasar dan kesempatan keemasan itu
dimanfaatkan utusan Aceh untuk menyampaikan salam sultan mereka serta
mempersembahkan hadiah kepada khalifah iaitu secupak lada, baki
terakhir bekalan mereka.

Ancaman Portugis di Nusantara turut diceritakan kepada sultan, maka
baginda mengerahkan armadanya bersama meriam Turki, tukang mahir
membuat meriam dan senjata api pulang bersama rombongan Aceh.

Sempena peristiwa bersejarah itu, meriam Turki yang dihantar ke Aceh.

Pelabuhan Melaka bersejarah adalah kota rebutan di Selat Melaka yang
menyaksikan kehadiran tiga kuasa Eropah sejak 1511 berpunca daripada
perdagangan rempah yang dikuasai pedagang Islam yang berulang alik
antara dunia timur dan barat.

Sebelum berdirinya kesultanan Melayu Melaka, di Samudera Pasai sudah
terbina sebuah kesultanan Islam menguasai perdagangan lada yang
sultannya bersambung nasab dengan Rasulullah SAW.

Samudera Pasai yang terkenal kerana sultannya menghormati ulama dan
menyokong usaha penyebaran Islam menjadi tumpuan persinggahan pedagang
Islam dari India, Parsi dan Yaman.

Sultan Melaka memeluk Islam dan menjadi menantu Sultan Pasai 97 tahun
sebelum pencerobohan Portugis ke atas Melaka dan sejak itu ulama Pasai
sering mengunjungi istana Melaka bagi membimbing sultannya.

Pada masa sama, pelabuhan Melaka semakin sibuk dikunjungi pedagang
Islam selama lebih sembilan dekad berikutnya, sebelum armada Portugis
tiba bersama meriam yang menghancurkan pertahanan Kota Melaka.

Senjata api dan teknik pertempuran Eropah mengatasi senjata tradisional
perajurit Melaka, tetapi apabila peperangan menentang Portugis
diisytihar sebagai jihad oleh ulama ketika itu, Melaka dipertahan
habis-habisan.

Berikutan kejayaan delegasi Aceh ke Istanbul, dengan sokongan armada
Turki, Sultan Alauddin melancarkan dua serangan ke atas Portugis di
Melaka pada 1568 dan 1570.

Sekalipun tidak berjaya mengusir penjajah dari Melaka, kesultanan Aceh
memberi isyarat jelas kepada Portugis bahawa Aceh bukan negara
belasahan dan kerajaan Islam itu turut mempunyai sekutu disegani di
Eropah.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Turki bantu Aceh lawan Portugal
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Ask strategi lawan nang in
» jual alat bantu untuk menaikan tenaga ninja
» IGO... seni menyerang, bertahan dan memperluas wilayah...
» Global Warming itu pembodohan massal!
» Tanya Ini Motor siapa? (Naksir berat sama stickernya)

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
.:Acehline Community:. :: Lain - lain :: All About Atjeh-
Navigasi: